Monday, November 26, 2012

Sepucuk Surat Buat Adam



Adam,
Maafkan daku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di
syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan
darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangan dari kaummu
di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah
manusia, kacau bilaulah suasana.
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil & Qabil sehinggalah pada zaman
cucu cicitnya.
Pun haruskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat
pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku, tapi .................. aku
risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu.
Namun .......................terasa berat pula untukku menyatakan isi
perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Quran yang menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk
menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha
Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku kini, aku
dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi ... realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan aku begini? aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah
tentu katamu.
Aku ibu dan guru pada anak-anak mu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke
hutan memikul senjata.
Padahal kau duduk saja.
Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat Bomba, kainku tinggi
menyinsing peha mengaman.
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku.

Adam,
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa yang terpesona, maka Adam yang
patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM?
Ya! ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika
murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memangnya degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikan mu terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad saw terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Apakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam,
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akal mu sembilan, nafmu satu.
Aku ...... akalku satu nafsuku beribu!

Dari itu Adam ...... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah
syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikuti
langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan
lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu
yang engkau agungkan
itu.........................................................................




EmoticonEmoticon